Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

Kesenian dari Australia by : yuni (28)


Kesenian Australia.

Dapatkan gambaran keseluruhan berkaitan sejarah kesenian kami, pelukis Australia dan hadiah utama kesenian.
Selidiki bandaraya kami dan tarikan kebudayaannya, termasuklah galeri seni besar seperti Art Gallery of NSW dan Gallery of Modern Art Brisbane. Kami akan beritahu anda di mana letaknya galeri seni kontemporari terbesar di Sydney dan galeri seni Melbourne yang wajib dilawati.
Dapatkan maklumat di mana anda boleh merasai sendiri sejarah seni Orang Asli yang masih hidup di Australia. Pelajari tentang karya seni kuno penduduk peribumi Kakadu, Kimberley dan Flinders Ranges. Baca tentang koleksi besar karya seni Orang Asli Canberra atau tentang daerah seni Darwin yang memaparkan lebih daripada seorang pelukis Orang Asli yang semakin dikenali.
Daripada pelukis Australia sehinggalah kepada hasil seni Orang Asli, kami mempunyai maklumat lengkap tentang kesenian Australia. 
Orang Asli Australia
Orang Asli Australia

Orang Asli Australia

Kaum Aborigine Australia mempunyai budaya yang kaya dan masih hidup sejak sekurang-kurangnya 50,000 tahun yang lalu. Dapatkan imbasan pengalaman yang begitu pelbagai dan luas yang ditawarkan apabila anda menghayati Aborigine Australia. Temui tempat-tempat yang sarat dengan sejarah Aborigine di Wilayah Utara. Kunjungi Red Centre Australia dan berjalan kaki mengelilingi kaki Uluru dengan juru pandu Anangu. Jamu mata anda dengan seni Aborigine di Alice Springs, di mana suku Arrernte telah tinggal selama 20,000 tahun. Ketahui mengenai mitos Dreamtime di galeri seni batu yang halus yang terdapat di Taman Negara Kakadu yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Pelajari lebih lanjut
Seni purba Kakadu
Seni purba Kakadu

Seni purba Kakadu

Taman Negara Kakadu yang menempatkan tanah lembap, hidupan liar dan gaung yang berceranggah, tersenarai sebagai Warisan Dunia, dan mempunyai kawasan seni batu yang paling tinggi konsentrasinya di dunia. Sebanyak 5,000 tapak Orang Asli telah ditemui di sini, termasuk seni batu, tempat perlindungan, alatan yang diperbuat daripada batu, mesin pengasah dan warna kuning upacara. Rekod terperinci kehidupan di Kakadu ini membawa kita kembali lebih 50,000 tahun – daripada bukti pertama pendudukan manusia hinggalah ke ketibaan orang Eropah. Pelajari lebih lanjut
Dari monumen kebangsaan hinggalah ke galeri butik dan pesta terbuka di luar, bandar raya Australia mempunyai budaya kreatif yang kaya dan sentiasa berkembang maju.  Hadiri persembahan menyeluruh di Sydney Opera House yang menjadi ikon dunia dan terokai khazanah negara di Canberra.  Bandingkan pameran ibarat epik dengan peragaan seni jalanan di Melbourne, bandar yang dihuni syarikat opera dan balet kebangsaan.  Hayati budaya Aborigine dan Eropah sepanjang North Terrace Adelaide dan menjamu mata melihat seni Aborigine atau raikan pesta luar bangunan di Darwin.  Terokai ruang kebudayaan Brisbane yang terbentang luas, dari Pusat Kebudayaan Queensland hinggalah ke Powerhouse, bangunan moden terkini.  Tinjau teater di panggung tertua Australia di Hobart dan bersiar-siar dari galeri dan muzium di Perth hinggalah ke jalur seni tepi pantai di Fremantle. Pelajari lebih lanjut
Hayati sejarah Australia, dari tradisi Aborigine tua, hinggalah ke era banduan dan penjajah.  Ketahui mengenai pemilik tradisi Sydney dan lihat permulaan koloni di tapak sejarah yang mengunjur dari pelabuhan hinggalah ke Parramatta.  Intai seni bina ledakan emas Melbourne yang mewah dan nikmati sajian, wain dan beli belah di bangunan yang tersenarai sebagai warisan di Brisbane.  Amati seni Aborigine dan kolonial di Adelaide, berhampiran perkampungan Jerman Hahndorf.  Jejaki keturunan Aborigini Kings Park di Perth dan berjalan bersama-sama roh para banduan, pemburu ikan paus dan pelaut zaman lampau di Hobart.  Baca perlembagaan Australia pertama di Canberra dan pelajari mengenai sejarah Perang Dunia Kedua Darwin yang amat dramatik. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar